-->

27 January 2012

Doa daripada seorang hamba setelah kecundang dalam percintaan dan menerima berita bahawa bekas kekasihnya bahagia dengan kekasih baru.

Ya Allah..Engkau telah meluruskan jalan bagi dia dengan menjadikan aku sebagai perantaraan untuk itu..Tiadalah apa yang aku ingini selain daripada apa yang telah Engkau takdirkan itu..Walau harta kekayaan memenuhi bumi sekalipun aku tidak mahu ditukarkan dengan hidayah yang engkau berikan kepada dia dan aku..Dan telah Engkau bebaskan dia daripada kedukacitaan dengan memberikan kemenangan dan khabar gembira kepada dia..Syukur tidak terhingga lahir di benak sanubariku kerana kemenangan dan kegembiraan dia juga kemenangan dan kegembiraanku dan hidayah yang ditujukan kepada dia juga ditujukan kepadaku..Ya Allah..Engkaulah yang maha bijaksana dan maha mengetahui dan yang menentukan segala sesuatu..Aku yang daif hina lagi jahil ini mengirakan bahawasanya Engkau telah memakbulkan doaku dengan menunjukkan jalan yang lurus kepada dia dan memberikan kebahagiaan kepada dia..Oleh itu, izinkanlah aku berlepas diri daripada dia kiranya aku telah melaksanakan tugasku dan dia telah melaksanakan tugas dia sebagaimana yang telah Engkau rencanakan..Bebaskanlah aku daripada kedukacitaan sebagaimana telah Engkau bebaskan dia daripada kedukacitaan kerana diriku setiap detik tidak tertanggung dengan kedukacitaan yang tidak pernah berkurangan sejak peristiwa itu..Aku takut penderitaan yang berpanjangan ini akan mendorong aku ke arah kekufuran dan mensia-siakan hidayah yang telah Engkau hadiahkan kepadaku..Kasihanilah aku Ya Allah..Hadirkanlah kepadaku kedukacitaan yang baru supaya aku tidak lagi memikirkan kedukacitaan yang tiada lagi kebaikan baginya ini..Itu lebih aku inginkan..Gunakanlah aku sebagai asbab musabab hidayahMU dan rahmatMu kerana aku amat mencintai agamaku berbanding aku mencintai dia..Semoga segala penderitaan ditimpakan ke atasku menjadi kifarah kepada dosa-dosaku dan penyerahan diriku kepadaMu bulat-bulat menyelamatkan aku daripada kemurkaanMu..Ya Allah..kurniakanlah kepadaku kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah aku daripada api neraka..

-628-

 
Related Posts with Thumbnails

Followers

Search This Blog

Loading
Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free widgets,  tips, tutorials and SEO PageRank Checking IconFree Backlink Service, Links Building 4 Freepowered by Is Banned ??? [Valid Atom 1.0] Free SEO Tools widgets,  tips, tutorials and SEO Valid CSS! Malaysian Topsites AMAZON
Subscribe via Email

FACEBOOK FANPAGE